5. Plan Of Action
The following of action will be used to achieve the National Youth Development Policy:
5.1 To provide knowledge-based training programmes jointly organized by public agencies, youth organizations, NGOs and the private sector.
5.2 To strengthen leadership and self development programmes that can further develop self-resilience, familial, religious and social institutions; thus enhancing the efficiency of rules played by our youth.
5.3 To upgrade skills development training, and create entrepreneurial and commercial opportunities that will propel youth to be independent, competent and capable of pursuing successful careers.
5.4 To empower youth organisations so that they capture the interests, commitment and enthusiasm of young people and activities planned by the society.
5.5 To provide opportunities and facilities for the self-development of the young people in social and economic functions.
5.6 To enhance the spirit of volunteerism I and patriotism through social, welfare i and voluntary works.
5.7 To ensure the understanding of youth in matters of globalisation, the importance of partnership with governmental I agencies, NGOs, the private sector and international networking.
5.8 To provide the necessary infrastructure , and mechanism for youth activities ‘ relating to research, assessment and ,evaluation.
6. Implementation Principles
1 All programmes and activities will be co-ordinated in accordance with strategies and I action plans founded upon the principles of the ‘Rukun Negara’ (Pillars of the Nation) and other relevant national policies. I
7. Conclusion
The National Youth Development Policy serves as a guide to enable all parties to plan and undertake 1I programmes that galvanize efforts in youth development.
5. Pelan Tindakan
Strategi di atas akan dilaksanakan melalui tindakan berikut:-
5.1 Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama oleh agensi sektor awam, swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan.
5.2 Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi kekeluargaan, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan.
5.3 Memantapkan program latihan kemahiran, peluang perniagaan dan keusahawanan supaya generasi belia mampu berdikari dan membina kerjaya yang cemerlang.
5.4 Mengupayakan pertubuhan belia supaya dapat menarik minat golongan belia dan masyarakat menyokong dan menyertai aktiviti yang dianjurkan.
5.5 Menyediakan peluang dan kemudahan kepada golongan belia untuk memajukan diri dalam bidang sosial dan ekonomi.
5.6 Meningkatkan semangat kesukarelaan dan patriotisme melalui kerja-kerja amal, kebajikan dan kemasyarakatan.
5.7 Memberi kefahaman generasi belia tentang konsep persejagatan (globalisasi) dan kepentingan hubungan mereka dengan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan serta jaringan antarabangsa.
5.8 Menyediakan prasarana dan mekanisme yang sesuai bagi kegiatan penyelidikan belia termasuk pemantauan dan penilaian.
6. Prinsip Perlaksanaan
Semua program dan aktiviti diselaraskan berasaskan strategi dan pelan tindakan yang telah ditentukan berteraskan kepada Prinsip-prinsip Rukun Negara dan dasar-dasar utama negara yang berkaitan.
7. Rumusan
Dasar Pembangunan Belia Negara adalah panduan yang dapat memberi peluang dan ruang kepada semua pihak dalam merancag dan melaksanakan program untuk memperkasa pembangunan belia.